PI Tutor & Kelas Ict
15 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2018 telah diadakan PI Tutor berteraskan pembelajaran secara digital online di Pusat Internet Kampung Chengal. Tujuan PI Tutor ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dalam sesuatu subjek matapelajaran sekolah dan boleh dijadikan rujukan disamping bahan pengajaran yang lain.
Program PI Tutor ini diadakan juga sebagai melaksanakan khidmat kepada komuniti setempat dengan memberi dan menyediakan kemudahan kelas tambahan buat anak-anak Kampung Chengal bagi membangkitkan minat untuk belajar dalam kalangan pelajar kerana program yang dijalankan ini tidak melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Justeru itu, para pelajar yang terlibat berpeluang untuk tampil dan menonjolkan diri dalam kalangan kelompok yang kecil.
Didalam program PI Tutor ini juga, pihak PI mengambil faktor perkembangan media teknologi dengan mendedahkan para pelajar dengan kegunaan internet secara meluas untuk mengulangkaji pelajaran secara lebih efektif dan berkesan kerana generasi yang celik Komputer dan IT akan mendatang banyak faedah dalam kehidupan mereka seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: